SEMAKAN STOK PERPUSTAKAAN
Sesebuah perpustakaan boleh memastikan koleksinya dalam keadaan terbaik dengan melaksanakan aktiviti semakan stok yang disusuli dengan pilih buang dan pelupusan secara berkala. Namun ramai yang tidak melakukannya atas beberapa alasan, antaranya tiada panduan khusus tentang cara pelaksanaannya.
Justeru itu, risalah ini dihasilkan dengan tujuan untuk memberi panduan kepada pengurus perpustakaan menjalankan aktiviti semakan stok di organisasi masing-masing. Semoga risalah ringkas ini bermanafaat untuk semua .