BUKU FIKSYEN
Kemahiran perpustakaan merupakan sebahagian daripada elemen yang terkandung dalam literasi maklumat. Penguasaan terhadap kemahiran perpustakaan akan memudahkan individu untuk menguasai kemahiran–kemahiran literasi maklumat yang lain. Asas kepada kemahiran perpustakaan ialah mengenal bahan-bahan yang ditempatkan di dalam perpustakaan.
Penerbitan yang ringkas ini dihasilkan dengan tujuan untuk memberi maklumat kepada individu yang ingin mengenal jenis bahan yang ada dalam perpustakaan.
